EMPAT CARA KEUNTUNGAN AGEN TOPUP



EMPAT CARA KEUNTUNGAN




1. UNTUNG DARI JUALAN 

Selesai pendaftaran, anda akan mendapat satu akaun topup di server kami. 



Anda boleh mengisi modal ke dalam akaun topup anda, 

terpulang berapa jumlah yg anda mahu, tiada minima, tiada maksima.


Bila anda mahu buat belian/jualan topup atau bil, 
harga modal produk itu akan ditolak daripada modal anda






Contoh :

Anda berdaftar sebagai level MASTER VIP(MV). 
Anda tambah modal RM100.

Anda buat jualan topup CELCOM RM50. 
Peratus keuntungan CELCOM level MV ialah 5.4%
Jadi harga modal topup CELCOM bagi level MV ialah RM47.30. 
jadi RM47.30 ini aje yang akan ditolak daripada modal anda.

Customer bayar cash RM50 kan kpd anda masa beli topup RM50 tu, 
jadinya untung anda sekarang ialah RM50 - RM47.30 = RM2.70

Sekarang, baki modal anda ialah RM52.70(RM100-RM47.30) 
Baki RM52.70 ni boleh guna untuk belian/jualan seterusnya pula. 
Bila modal anda dah habis diguna, boleh buat pembayaran lagi ke akaun bank syarikat untuk untuk tambah modal 




Peratus keuntungan berbeza bagi setiap level. 
Makin tinggi level, makin tinggi peratus keuntungan.
Syarikat menawarkan 10 level dengan peratus keuntungan tertinggi dipasaran. 

Senarai penuh peratus keuntungan bagi setiap level :
*klik gambar untuk lihat gambar lebih jelas. Save gambar untuk rujukan.






2. UNTUNG DARI CAJ PENDAFTARAN DOWNLINE


Anda boleh kenakan yuran pendaftaran semasa mendaftar downline 
mengikut kreativiti marketing anda.
kebiasaan ahli kenakan caj dari RM30 ke RM500 bergantung kpd level. 

ANDA BOLEH DAFTARKAN SESIAPA SAHAJA SEBAGAI DOWNLINE
ANDA BOLEH DAFTAR DOWNLINE LEVEL DIBAWAH LEVEL ANDA SHJ

Setiap kali anda mendaftar downline, modal anda akan 
dipotong server dalam masa 24 jam sebanyak RM10 sahaja.
Duit selebihnya ialah untung anda.


Contoh : 

Anda level MV, anda daftarkan downline ke level Master dan kenakan yuran RM50, akaun modal anda akan dicaj RM10 oleh server setiap kali daftar downline, jadinya baki RM40 ialah keuntungan anda

RUJUK SENARAI LEVEL DOWNLINE DAN FORMAT BERKAITAN DOWNLINE DI PAGE FORMAT TRANSAKSI









MACAM MANA NAK CARI DOWNLINE?

Kelebihan syarikat kami ialah kami menyediakan staff khas untuk membantu anda mencari downline. Kami sediakan tips tips marketing dan juga gambar serta ayat ayat promosi kepada anda. 

Anda tinggal post aje di social media anda. Instagram, Facebook, Whatsapp, Wechat, Twitter atau shop seperti Shoppee.

Bantuan marketing follow telegram channel khas marketing, klik :

AAMOBILEMARKETING






3. UNTUNG DARI KOMISEN DOWNLINE


Keuntungan bukan dapat sekali masa daftar downline aje. Tapi boleh dapat seumur hidup anda! Asalkan anda pastikan downline anda kekal aktif menjual!

Setiap kali downline anda membuat jualan, anda akan mendapat komisen! Jumlah komisen bergantung kepada perbezaan peratus keuntungan bagi setiap level mengikut telco.






Contoh :
Anda level MV, untuk level MV peratus keuntungan UMOBILE ialah 5.5%.
Downline anda level Master, untuk level MASTER % keuntungan UMOBILE ialah 4.75%

Downline anda buat jualan topup UMOBILE RM50.
Komisen yang anda dapat ialah perbezaan peratus keuntungan level anda dan dia
iaitu : 5.5%-4.75% = 0.75%
0.75% dari RM50 = RM0.357

Satu lagi contoh untuk menambah pemahaman anda

Contoh :
Anda level MV, untuk level MV peratus keuntungan CELCOM ialah 5.0%.
Downline anda level Master, untuk level MASTER % keuntungan CELCOM ialah 4.4%

Downline anda buat jualan topup CELCOM RM50.
Komisen yang anda dapat ialah perbezaan peratus keuntungan level anda dan dia
iaitu : 5.0%-4.4% = 0.6%
0.6% dari RM50 = RM0.30








MACAM MANA NAK PASTIKAN DOWNLINE AKTIF?

Kami sarankan anda buat group Whatsapp atau group Facebook supaya boleh sentiasa update downline anda jika da sebarang berita.

Sentiasa berikan kata kata semangat dan tips berniaga kepada mereka.
Jika ada downline yang tidak tambah modal langsung dalam sebulan, 

ingatkan mereka! Mereka mesti wajib ada topup atau bayar bil setiap bulan, jangan bazir duit beli topup di kedai atau beli cara lain. Pastikan mereka guna akaun topup mereka sebab semestinya akan lagi jimat!

SANGAT PENTING untuk pastikan downline aktif supaya anda boleh dapatkan keuntungan dengan cara seterusnya ini. Baca cara keuntungan ke-empat dibawah








4. UNTUNG DARI CAJ UPGRADE DOWNLINE


Selalunya bila kita sudah aktif berniaga topup, mesti mahukan keuntungan lebih kan. Cara dapatkan keuntungan lebih sudah tentu dengan UPGRADE LEVEL ke level lebih tinggi. Makin tinggi level, makin tinggi peratus keuntungan!

Sentiasa update dengan downline anda dan tawarkan promosi untuk upgrade level. Syarikat hanya akan caj RM10 sahaja setiap kali anda upgrade level downline. Caj yg anda kenakan kepada downline terpulang pada anda. Caj lebih, untung lebih!

*Downline anda tidak boleh level lebih tinggi dari level anda





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages